Wow!!! perkembangan terbaru mengenai hudud. Khabarnya, Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut dalam masa terdekat. Kenyataan ini diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Ahmad Daud Muhammad, semalam.
Chegu rasa amat teruja mendengar berita ini. Harapan untuk melihat Hukum Hudud dilaksanakan di negara kita bakal menjadi nyata sekiranya pengumuman oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan itu disambut dengan tindakan yang proaktif oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa depan.

Chegu harap kali ini biarlah perlaksanaan hukum hudud ini menjadi kenyataan. Manakan tidak sudah lebih 2 dekad perihal undang-undang hudud di Kelantan menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Jika selalunya, kita didendangkan dengan hudud ini semasa pilihan raya namun kali ini nampaknya berbeza sedikit. Mana tidaknya, negara jiran kita Brunei Darul Salam pun sudah melaksanakan hukum islam ini. Kita sebagai negara islam patut rasa cemburu dengan jiran kita tersebut. Namun jika masih belum boleh dilaksanakan sepenuhnya, buatlah yang mana boleh dulu.
Chegu rasa kerajaan pusat tidak menghalang kali ini. So apa-apa pun kita tunggu dan lihat, sejauhmana kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini. Jika berjaya chegu yakin negeri-negeri lain akan turut sama melaksankannya.
Sesungguhnya, yang baik datang daripada Allah, yang kurang baik itu kelemahan manusia. Semoga Allah memudahkan segala perancangan kita, Namun sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah jualah yang terbaik.
Namun, ada satu kepelikan apabila berbincang mengenai hudud di Malaysia. Semua orang nak tunjuk pandai, nak tunjuk dia islam lebih daripada orang lain. Hal ini memang chegu tak gemar. Bagi chegu, jika dilaksanakan kita beri sokongan 100%, jika ada kelemahan kita bantu sama-sama, jika tidak dapat dilaksanakan jangan menghukum orang lain itu dan ini, cuba kita berlapang dada. Kita fikirkan cara bagaimana untuk laksanakan hukum hudud ini. Chegu yakin, jika kita bersatu Insyaa-Allah, impian dan matlamat ini dapat di capai.

anatara komen mengenai hudud.
sekadar gambar hiasan.
Sekian.
0 comments :
Post a Comment