BannerFans.com

Ibrahim Adham: 8 Perkara yang mematikan hati

Kali ini chegu akan membawa kisah mengenai Ibrahim Adham. Kisahnya mengenai mengapa doa tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T, yang mana disebabkan oleh hati kita sendiri. Pasti kita berasa hairan kenapa setiap kali bermohon dan berdoa, walaupun tiap-tiap masa namun tetap juga tidak diperkenankan. Jadi untuk mengetahuinuya, elok kiranya, tuan puan baca kisah Ibrahim Adham ini.
----------------------------------------------------------------------------------

Ibrahim Adham pernah ditanya, " Apa sebabnya doa kami tidak diperkenankan oleh Allah, sedangkan Allah S.W.T telah berjanji akan memperkenankan doa orang yang bermohon dengan-Nya?"

Ibrahim Adham menjawab, "sebab hati kamu telah mati!"

Mereka terkejut mendengar jawapan Ibrahim Adham itu. Lalu bertanya, bagaimana hati kami boleh mati?

Jawab Ibrahim Adham, "Kerana 8 perkara..."  sambung Ibrahim Adham lagi, "kamu telah memuuhi Pencipta kamu sendiri, maka bagaimana mungkin Allah akan memperkenankan doa kamu???"

Lapan perkara itu ialah:

1. kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksankannya.
2. Kamu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamaikan isisnya.
3. Kamu kata kamu cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mematuhi sunnahnya.
4. Kamu kata yang kamu takut mati tetapi kamu tidak juga bersiap-siap untuk menuju alam kubur.
5. Allah mengatakan Syaitan adalah musuh kamu, maka hendaklah kamu  jadikan ia sebagai musuh, tetapi kamu masih lagi berbuat maksiat dengan mengikut pujukan syaitan.
6. Kamu katakan kamu takut akan api neraka tetapi kamu campakkan diri kamu kedalamnya.
7. Kamu kata kamu sukakan syurga tetapi mana usaha kamu untuk masuk kedalamnya.
8. Kamu bangkit dari tempat tidur kamu dan kamu sembunyikan aib-aib kamu, tetapi kamu membentangkan aib-aib orang lain.

Jesteru, Chegu mengajak dan mengingatkan diri chegu dan juga tuan-puan untuk sama-sama cek balik diri kita masing-masing agar apabila kita berdoa kepada Allah S.W.T, maka doa kita akan dimakbulkan oleh Nya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment