BannerFans.com

Apakah yang lebih berat daripada Langit?

Gambar hiasan.

As-Salam Tuan puan, menjadi seorang yang hebat adalah anugerah yang tidak ternilai, oleh Allah  yang Maha Berkuasa ke atas manusia. Untuk menjadi seorang yang hebat kita perlu mempunyai ilmu. Tidaklah hebat seseorang itu, tanpa ilmu. Dengan ilmu kita dapat menguasai semua benda.

Tuan puan, orang yang hebat bukanlah orang yang paling kuat anatara kita. Orang yang hebat bukanlah orang yang paling cantik dan handsome anatara kita tapi orang yang hebat ialah orang yang paling berilmu di anatara kita. Dengan ilmu kita akan jadi kuat, dengan ilmu kita akan lebih cantik daripada ratu cantik di dunia ini. Dengan ilmu kita akan jadi oang yang paling mulia diantara kita. Dengan ilmu, kita akan jadi orang yang paling bertakwa anatara kita. Dengan ilmu juga kita akan jadi apa sahaja yang kota inginkan. Pokok pangkalnya, ilmu itulah segala-galanya.

Untuk memiliki dunia dan isi-isinya, kita perlukan ilmu. Untuk dapatkan akhirat kita perlukan ilmu. Untuk miliki kedua-duanya juga kita perlukan ilmu. Orang yang berilmu bukan seorang yang hebat jika hanya dapat no.1 dalam kelas, bukan orang yang kuat fizikalnya, tetapi orang yang berilmu akan hebat apabila, dia mengamalkan ilmunya itu. Maka benarlah ungkapan " ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah."

Berbicara mengenai ilmu, suka chegu untuk bawakan kisah syaidina Ali. Umum mengetahui, Rasulullah itu, gedung ilmu, Ali pula pintunya. Jika ingin masuk ke gedung maka perlulah melalui pintunya. Maka kisah kali ini ialah mengenai tingginya ilmu Syaidina Ali apabila ditanya dengan soalan yang begitu sukar untuk dijawab. Namun dengan ilmu yang dimiliki oleh Syaidina Ali ini, beliau dapat menjawab soalan-soalan itu.

=======================================
Apakah yang lebih berat daripada Langit?

Suatu hari Syaidina Ali telah ditanya oleh seorang sahabat mengenai berbagai-bagai soalan, Iaitu "Apakah yang lebih berat daripada langit? Apakah yang lebih luas daripada bumi?, Apakah yang lebih kaya daripada lauan?, Apakah yang keras daripada batu?, Apakah yang lebih panas daripada api?,  Apakah yang lebih dingin daripada zamhari (benda yang paling dingin)? Apakah yang lebih pahit daripada racun?"

Jawab Syaidina Ali, " Berbuat dusta itu lebih berat daripada langit, Kebebnaran lebih luas daripada bumi, hati yng redha dan ikhlas menerima lebih kaya daripada lautan, hati orang munafik lebih keras daripada batu, Penguasa yang menyeleweng lebih panas daripada api, meminta daripada orang yang tercela lebih dingin daripada zamhari, Dan adu domba lebih pahit daripada racun."

====================================
Lihat bertapa hebatnya Syaidina Ali. Kalau chegu yang ditanya soalan seperti itu, mesti tidak punya jawapan.
Akhir kata, marilah kita menuntut ilmu, kerana dengan ilmu kita akan menjadi hebat, dengan ilmu kita akan menjadi mulia, dengan ilmu kita pasti bahagia. Sekian.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment