BannerFans.com

Kisah Basyir yang ingat pada yang miskin

Tuan puan pernah dengar tak mengenai kisah Bisyir yang ingat kepada yang miskin??? Tujuan chegu bawakan kisah ini pada kali ini adalah untuk sama-sama mengambil iktibar, dimana sewaktu kita senang janganlah kita lupa pada yang susah. Semasa kita kaya jangan pula lupakan pada yang miskin. Semasa kita pandai jangan biarkan orang lain terus dalam kebodohan, jika kita rajin, jangan biarkan orang lain terus malas dll.  Semoga kisah Bisyir ini menjadi motivasi kepada diri kita untuk terus menjadi lebih baik. Insyaa-Allah.
=========================================
gambar hiasan 

Bisyir atau nama sebenarnya, Abu Nasr Bisyir Ibnu Al-Harits, telah dilahirkan pada 150 hijrah (767 Masihi). Beliau asalnya, adalah seorang yang suka berfoya-foya, tetapi kemudiannya berubah menjadi  dan menjalani kehidupan sebagai seorang fakir. Beliau sering mengembara di Kota Baghdad untuk berguru dengan alim ulama untuk meningkatkan ilmu didada.

Dikatakan pada suatu ketika Bisyir mempunyai tujuh buah rak almari yang mengandungi buku-buku hadis. Namun beliau telah menanam buku-buku tersebut kerana enggan meriwayatkan hadis-hadis nabi itu. Ramai  yang bertanya kenapa Bisyir berbuat demikian???.

Jawab Bisyir " Kerana aku melihat adanya nafsu dalam diriku untuk meriwayatkan hadis itu, maka dengan nafsu itu aku akan menjadi sombong . Sedangkan sombong itulah yang paling aku takuti."

Selama 40 tahun, Bisyir mengidam ingin memakan daging segar, tetapi tidak mempunyai wang untuk membelinya. Beliau juga ingin memakan kacang, tetapi tidak pernah merasainya, Juga dikatkan Bisyir tidak pernah meminum air segar yang digali oleh kerajaan.

Seorang alim bercerita, " suatu ketika aku berjalan bersama Bisyir, ketika itu, udara sangat sejuk. Dalam udara sejuk itu, kebayakan orang akan memakai pakaian tebal tetapi Bisyir teap memakai pakaiannya yang nipis. Aku bertanya kepada Bisyir, "Kenapa engkau berpakaian seperti itu?"

Jawab Bisyir " Kerana aku ingat kepada orang miskin. Aku tidak punya wang untuk membantu mereka maka aku ingin rasakan  apa yang mereka rasa."

===================================

Wah.. Mulianya orang yang bernama Bisyir ini. Chegu benar-benar kagum. Andai tidak dapat mencontohi beliau 100%, dapat 10% kebaikan dan kemuliaan hatinya sudah cukup. Marilah tuan puan kita bersama-sama menjadi  insan yang hebat seperti Abu Nasr Bisyir Ibnu Al-Harits.

Sekian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment