Gambar Hiasan.
As-Salam tuan puan, pernahkah anda bertanya pada diri anda dimanakah letaknya neraka Allah S.W.T?? Apakah jawapan anda sekiranya anda diajukan oleh kawan-kawan anda dengan soalan seperti itu?? Bagaiamanakah jika sahabat anda yang bukan muslim bertanya anda?? apa yang anda hendak jawabkan kepada mereka???
Baiklah, kali ini chegu bawakan kisah mengenai "Dimanakah neraka berada?"
Menurut riwayat Abu Hurairah, suatu hari datang seorang budak lelaki bertanya kepada Rasulullah, dimanakah neraka berada? Maka Rasulullah menjawab,"Tahukah kamu dimana siang berada ketika malam menjelama?"Budak itumenjawab, "siang berada diamana Allah mengkehendakinya." Lalu Rasulullah bersabda." Begitu juga dengan dimana neraka berada, ia berada dimana Allah mengkehendakinya."
Menurut Ibnu katsir, riwayat tersebut mempunyai dua pengertian:
1. Jika kita tidak boleh menyaksikan dimana siang berada pada malam hari, bererti kita tidak tahu siang itu berada di suatu tempat.Demikian juga neraka, ia berada di tempat yang dikehendaki oleh Allah.
2. Jika siang hari terjadi di salah satu belahan dunia ini, , bererti malam hari, berada di dunia sebelah lagi. Begitu juga dengan neraka, kerana syurga itu ada, maka kita tidak boleh nafikan neraka itu ada dan mengenai lokasinya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Sekian.
0 comments :
Post a Comment