Gambar Hiasan
Tuan puan, tahukah anda keadaan manusia semasa hari kiamat kelak?
Menurut riwayat Abu hurairah, bahawa Rsulullah pernah bersabda, yang maksudnya, "Pada hari kiamat kelak, manusia dikumpulkan dalam 3 kelompok, yakni kelompok yang berjalan kaki, kelompok yang menunggang kuda, dan kelompok yang berjalan dengan mukanya."
Lalu, baginda ditanya,"Ya Rasulullah, bagaimana mereka berjalan dengan muka sendiri?"
Jawab Baginda, " Sesungguhnya, dzat yang menjalankan mereka dengan kaki, tentu berkuasa menjalankan mereka di atas muka mereka sendiri tanpa masalah."
Maksud hadis ini ialah," kelompok orang yang berjalan kaki ialah orang mukmin yang berbuat dosa. Kelompok yang menaiki kuda, ialah orang mukmin yang bertakwa dan tidak pernah rasa susah hati serta ketakutan. Sementara orang yang berjalan atas muka sendiri ialah orang-orang kafir."
Semoga bermanfaat.
Sekian.
Semoga bermanfaat.
Sekian.
0 comments :
Post a Comment