BannerFans.com

Memahami Istilah sebenar Kahwin Cina Buta.

Gambar Hiasan


Apa itu Kahwin Cina Buta?

Kahwin cina buta ialah perkahwinan untuk membolehkan wanita yang telah ditalak tiga, oleh bekas suaminya, berkahwin semula dengan lelaki tadi, selepas menggunakan perantaraan lelaki lain. Lelaki itu disuruh berkahwin dengan perempuan yang telah di talak tiga tadi, dan setelah itu disyaratkan untuk menceraikannya. Kemudian barulah wanita tadi boleh bernikah semula dengan bekas suaminya tadi.

Orang perantaraan itu tadi daripada istilah syarak disebut muhallil. Sementara lelaki yang melafazkan talak 3 itu pula disebut muhallal. Perbuatan kahwin seperti inilah yang sebutkan sebagai "kahwin cina buta". Perkara ini adalah diharamkan dalam agama kita dan iainya berdosa besar. Ini kerana tujuan perkahwinan adalah untuk membentuk asas keluarga dan masyarakat islam, bukanya menipu daya, dan had masa bersuami isteri, setelah itu disyaratkan pula supaya bercerai agar wanita berkenaan dapat berkahwin semula dengan lelaki lain (bekas suami yang telah menjatuhkan talak 3 kepadanya).

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud r.a, diceritakan bahawa Rasulullah melaknat muhallil dan muhallal. Sementara hadis lain pula seperti yang diriwayatkan oleh  Ibnu Abas  pula menyatakan bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang muhallil. Jawab Baginda: "tidak boleh, kerana berkahwin hendaklah bersungguh-sungguh dan tidak boleh menipu daya atau mempermainkan hukum Allah. Jadi pasangan suami isteri yang berkahwin hendaklah benar-benar merasai madu-madu kecil (bersetubuh dengan rela bukanya kerana terpaksa).




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment