BannerFans.com

Hamba Allah Yang Sebenar

Gambar Hiasan.

Pada Suatu hari, Wahab bin Munabih, memimpin Ibnu Abbas r.a. yang telah tua dan kehilangan penglihatannya ke masjidil haram. Samoai di sana, Ibnu Abbas mendengar beberapa orang sedang berbual-bual dengan suara yang lantang. Lalu dia meminta dibawakan ke hadapan mereka yang sedang berbual itu.

Selepas memberi salam, Ibnu Abbas pun berkata, izinkanlah aku menceritakan perihal hamba-hamba Allah yang sebenar-benarnya:  Mereka adalah manusia yang tidak ingin berkata-kata kerana n Allah.takutkan Allah. Sesungguhnya mereka tidak bisu malah menggunakan bahasa dengan fasih, tetapi oleh kerana mereka selalu memuji-muji Allah, mereka tidak dapat memperkatakan yang sedemikian rupa (berbual kosong dengan suara yang kuat), lalu mereka bersegera (bercakap dan melakukan) ke arah kebaikan. Mengapa kamu telah menyeleweng dari jalan ini?

Wahab bin Munabih berkata: selepas peristiwa itu, aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil haram (untuk berbual kosong apatah lagi bertengkar).
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment