Gambar Hiasan.
Apakah yang sedang berlaku? Rupa-rupanya, kanak-kanak tersebut melihat Syaidina Ummar Al-Khatab sedang berjalan mela;ui tempat mereka bermain. Kanak-kanak itu, berasa gerun kepada Umar yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. Namun dalam suasana kalut itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Syaidina Umar berasa kagum melihat budak kecil itu. Lalu beliau bertanya " mengapa kamu tidak lari bersama kawan-kawan mu?"
Budak kecil itu menjawab dengan berani "ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja, bukan pada manusia".
"Siapa namamu?"
"Abdullah bin Zubair".
Abdullah bin Zubair ialah anak kepada Asma' inti Abu Bakar, iaitu anak kepada sahabat Rasulullah yang juga khalifah yang pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah. Hasil didikan ibunya, bila Abdullah bin Zubair dewasa, beliau menjadi seorang yang abid dan mujahid.
0 comments :
Post a Comment