BannerFans.com

Kenapa Orang Melayu Panggil Orang Putih Mat Saleh.

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Soalan Mudah hari ini:

Kenapa Orang Putih kita panggil dia mat saleh?

Begini.. Sejak dulu lagi chegu nak sangat tahu :bagaimana wujudnya gelaran mat saleh tu".
Yang chegu tahu Mohd Salleh arwah ayah chegu. Nabi Salih A.S, Saleh Yaakob (artis) dan Mat saleh orang kampung chegu..

Fikir punya fikir chegu pun main agak-agak la.. Maybe sebab Nabi Salih A.S kot..
Tapi chegu pun cari la dalam internet kot-kot ada yang tahu kan.. 

So hasil kajian chegu....

1. Aspek bahasa.

Mat merujuk kepada laki-laki (lelaki).

Salih bermaksud ganjil, aneh,asing, luar biasa, pelik dll.

Dari aspek bahasa kita dapat agak kemungkinan "gelaran Mat Salih" wujud hasil daripada orang-orang melayu dahulu yang melihat kedatangan orang asing terutama semasa penjajahan yang mana rupa paras, fizikal dan warna kulit yang jauh berbeza dengan orang tempatan dan sekitarnya. 

Dari aspek bahasa kesopanan dalam tutr kata orang melayu juga menjadikan istilah "Mat Salih" gabungan Mat + Salih, lebih diterima daripada campuran perkataan lain yang membawa maksud yang sama, seperti Asing. Maka tidaklah mejadi "Mat Asing", sungguh gramatis bahasa Melayu kan???.

2. Mitos & Cerita Rakyat.

a. Orang Putih Pertama Datang ke Duni Melayu.

Digelar Mat salih kerana dikatakan orang putih pertama yang dijumpai oleh orang melayu bernama mat salih.
Tiada bukti untuk menyokong pendpat ini.


b.Cerita 1.

Dikattakan disebabkan pekerjaan orang putih yang datang ke Nusantara ini.

Ceritanya, Dulu-dulu, orang putih yang datang ke Dunia Melayu ramainya bekerja sebagai "SAILOR" (kelasi kapal), Dikatakan mereka ini suka minum arak dan apabila mabuk dikatakan perangainya sepeerti orang gila. Apabila ditanya kepada orang putih siapa mereka, dengan penuh angkuhnya meraka menjawab, " Mad Sailor"

Orang melayu ini biasalah, lidah awal-awal tu keras sikit, so bila ada kawan melayu dia tanya, maka sebutanya jadi lah "Mat Sel-Le". Apabila sampai kat orang lain dan seterusnya, jadilah "Mat Sal-Le" lama-lama jadi Mat Salih/Mat Saleh.

c. Cerita 2.

Melaui Hikayat Abdullah Musyi.

Hikayat Abdullah Munsyi, beliau ada cerita yang penduduk melaka waktu tu risau/takut kat pelayar inggeris yang mabok, sebab ganas,ye la orang dah mabok.. pastu keluar pula  cerita mereka ni bunuh orang la,rogol orang la jadi budak-budak pompuan tak dibenarkan keluar malam oleh mak bapak mereka. mungkin dari sini la perkataan mad sailor tuh wujud iaitu 200 tahun lepas dan kemudian corrupted jadi Mat Saleh.

d. Cerita 3.

Masa penjajahan British dulu, ada satu kapten tentera laut British yang hendak singgah ke Australia, tapi singgah di Malaya untuk mengisi semula bekalan makanan dan air. Kapten tu bernama Mud Sulley (disebut "Mad Salli"). Mud Sully ni kaki botol dan selalu minum arak. 
Pada satu ketika, Penasihat British di Selangor pada masa itu (tak pasti siapa) ada menjemput Mud Sulley untuk mengadap & makan bersama Sultan Selangor (tak pasti Sultan yang mana satu - mungkin Sultan Abdul Samad). Penasihat British tu tak tau kelakuan Mud Sulley yang teramat sukakan arak. Bila mereka berdua makan semeja dengan Sultan Selangor di istana, Penasihat British tu bertanya dalam Bahasa Melayu dekat Sultan Selangor, "Tuanku, mengapa Tuanku & orang-orang Melayu makan dengan tangan?". Sultan tu terus jawab, "Beta & orang-orang Melayu tidak guna sudu dan garpu macam kaum kamu semua sebab sudu & garpu tu la yang masuk ke dalam mulut macam-macam jenis manusia. Kadang-kadang anjing pun kamu suap makanan dengan sudu. Tangan Beta ni hanya masuk ke dalam mulut beta sahaja". Terus Penasihat British tu terdiam. 
Mud Sulley yang tak faham apa yang mereka cakap, sesudah makan, teringin nak minum arak, lalu bertanya kepada Sultan yang faham berbahasa Inggeris dengan rasa bongkak,"What kind of a dinner is this without rum or wine?" Sultan dengan marahnya menghalau mereka berdua kerana telah melampaui batas. Sejak itu, nama Mud Sulley menjadi "benchmark" kepada Sultan untuk orang-orang British yang kurang ajar.

Lama-kelamaan, nama Mud Sulley telah berubah kepada Mat Salleh, hasil pergaulan Sultan dengan pembesar-pembesar Melayu dan rakyat. Nama Mat Salleh tu juga bukan setakat merujuk kepada orang British yang kurang ajar, malah orang-orang berkulit putih (caucasians) di seluruh dunia.

e. Cerita 4.

sebab yang paling lama menentang orang-orang british ni mat salleh... tapi tak semua orng british yang jahat... so orang kampung ni ada yang  kawan dengan orang british yg baik... so orang kampung nak bezakan british baik dan buruk..Maka mereka akan  panggl mat saleh sebab yang jahat pasti ditentang oleh pahlawan Mat Salleh... "tu hah! mat saleh! sah-sah kena ngan pahlawan kita ni! panggil Mat Salleh cpt!"

3. Interpretasi jelmaan Orang melayu.

Salih dikatakan isltilah yang diambil daripada sejenis pokok/kulit pokok yang warnanya putih kemerahan. Mungkin sebab itulah istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang putih kerana warna kulit yang sama.


Itulah sedikit sebanyak yang boleh chegu kongsikan untuk pembaca sekalian.

sekian.


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. maybe we should put this in our history books,haha. Anyway thx for the useful info

    ReplyDelete