BannerFans.com



Berikut adalah 12 Rahsia Pemasaran Di Instagram percuma untuk anda:

Dengan suasana pemasaran facebook yang semakin hambar, semakin ramai usahawan-usahawan yang beralih arah kepada instagram sebagai platform baru untuk aktiviti pemasaran mereka.

Jika anda juga turut berminat menggunakan instagram sebagai salah satu saluran pemasaran anda, disini, kami kongsikan 12 tips pemasaran berkesan menerusi instagram yang boleh anda lakukan.

1. Lengkapkan Maklumat Di Ruangan Bio

Sebelum anda post sebarang gambar, pastikan anda telah melengkapkan terlebih dahulu info tentang diri atau perniagaan anda di ruangan bio. Ianya akan memudahkan orang ramai mengenali anda serba sedikit sebelum mereka berminat untuk �follow� anda.

2. Belajar Teknik Ambil Gambar Yang Cun Menggunakan Telefon Anda

Anda tidak memerlukan kamera DSLR yang mahal-mahal untuk membolehkan anda berjaya di dalam pemasaran menggunakan Instagram.

Smartphone yang ada di pokat anda sebenarnya sudah memadai untuk anda menghasilkan gambar yang menarik. Apa yang penting, adalah teknik di dalam mengambil gambar, luangkan sedikit masa untuk belajar dan membaca tips-tips mengambil gambar menggunakan telefon. Antara laman web yang boleh anda rujuk adalah seperti PopPhoto .

3. Ketahui Filter-filter Yang Menarik di Instagram.

Instagram menawarkan lebih daripada sedozen penapis imej automatik, dan setiap satunya akan memberikan kesan yang berbeza-beza kepada gambar anda. Secara peribadi, kami mengemari filter amaro, rise dan valencia. Cari filter kegemaran anda.

4. Usah Terlalu Mahu Menjual

Pemasaran di Instagram kadang-kala boleh mengelirukan. Kebanyakkan pengguna instagram adalah merupakan �orang-orang muda�, dan mereka ini sedikit sensitif dan tidak gemar kepada perkara-perkara yang kelihatan seperti terlalu mahu menjual dan promosi secara melampau-lampau, ianya boleh menyebabkan mereka berasa jengkel dan meninggalkan anda. Jadi, cuba kurangkan ayat-ayat �hard sell� dalam post instagram anda.

5. Tunjukkan Gambar �Di Sebalik Tabir�

Salah satu teknik �soft sell� yang boleh anda gunakan untuk memberitahu orang ramai tentang perniagaan anda, adalah dengan meletakkan gambar-gambar di belakang tabir tentang perniagaan anda. Contohnya seperti gambar mesin-mesin yang sedang memproses produk anda, gambar-gambar pekerja, gambar anda sedang bersiap-sedia menghantar produk ke pejabat pos dan sebagainya. Ianya sangat bagus untuk memberitahu kepada follower anda bahawa perniagaan anda benar-benar wujud dan beroperasi.

6. Tunjukkan Cara Guna Produk Anda

Jika anda masih ingin membuat promosi secara terang-terangan di akaun instagram anda, mungkin anda boleh tunjukkan beberapa keping gambar tentang bagaimana produk anda digunakan. 

Contohnya, jika anda menjual tudung, tunjukkan cara pemakaian tudung tersebut dengan gaya yang kreatif.

7. Preview Produk Baru

Ini adalah cara yang menarik untuk anda mendapatkan perhatian dari pengguna-pengguna di instagram. Tunjukkan gambar-gambar produk terbaru anda yang akan dilancarkan dan masih lagi belum boleh diperolehi di mana-mana. Ianya mampu mewujudkan suasana �buzz� mengenai produk anda.

8. Perkenalkan Staff Baru Anda

Setiap kali anda mengambil staff baru, ambil gambar mereka dan postkan ia di instagram. Dengan cara ini, ianya akan dapat membina hubungan yang lebih �personal� diantara pengikut-pengikut (pelanggan & bakal pelanggan) anda dengan perniagaan anda. Apabila pengikut anda berurusan dengan perniagaan anda, mereka akan tahu dengan siapa mereka berurusan, ianya akan mewujudkan rasa yang lebih selamat dan menyenangkan buat pelanggan.

9. Gunakan Hashtag Yang Relevan

Hashtags adalah antara perkara yang amat penting di Instagram. Sebelum mengupload mana-mana imej, cari dan semak terlebih dahulu hashtag-hastag yang telah digunakan dan mungkin berkaitan dengan gambar anda. Menggunakan hashtag yang betul akan dapat meningkatkan kadar penglibatan (engagement) serta kesedaran pengguna-pengguna instagram terhadap gambar anda.

10. Anjurkan Pertandingan

Pertandingan di instagram sememangnya amat mengujakan para pengguna instagram. Kadang-kala, mereka tidak kisah apakah hadiah yang ditawarkan dan apakah syarat-syarat untuk menang, mereka selalunya akan berasa seronok untuk menyertainya. Ini kerana, untuk menyertai sesuatu pertandingan di instagram selalunya amat mudah, hanya perlu upload sahaja gambar dan letakkan #hashtag yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

11. Post Di Waktu Puncak

Apabila anda membuat post di instagram, cuba perhatikan, bilakah waktu yang mendapat like serta komen yang tinggi. Gunakan waktu tersebut apabila anda mahukan sesuatu gambar yang di post itu mendapat capaian yang tinggi dari kalangan pengikut-pengikut anda.

12. Balas Semua Komen Yang Diterima

Hargai setiap pengguna yang telah sudi meluangkan masa mereka memberikan komen pada gambar-gambar yang anda upload di instagram. Apabila anda membalas komen mereka, insyallah, mereka akan berasa gembira dan dihargai.

Pastinya, ada banyak lagi tips yang boleh digunakan apabila membuat pemasaran di instagram, kesemuanya akan kami kongsikan dengan anda secara percuma. Namun jika anda inginkan Panduan Pemasaran Di Instagram yang Advance | KLIK SINI
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment