BannerFans.com

6 KESILAPAN SELALU DILAKUKAN DI AWAL PERKAHWINAN

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama. Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin. 

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama. Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan.

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka. Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.


Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks - Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini. Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun anda berasa tidak berminat. 

Cuba pelbagaikan cara approach anda terhadap pasangan dan mulakan dengan berbual-bual mesra dan sentuhan yang bisa menaikkan keghairahan pasangan andan. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap anda melakukannya, anda mungkin akan lebih menyukainya. Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman. 

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. 

Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup. Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik. Selalu kita perhati, orang lelaki suka mengkritik susuk badan pasangan mereka sehingga ianya menjadi satu tekanan kepada pasangan seperti tiada keyakinan diri. 

Selalu juga kita perhatikan sorang akan jalan jauh didepan (maksud saya orang lelaki yer) dan sorang lagi akan dibiarkan jauh dibelakang. Alasan yang diberikan pastinya �Awak ni jalan lambat sangat lah!�. Padahal jika masa bercinta, kalau boleh tak boleh berenggang langsung. Betul tak?

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil - Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada. 

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Bila dah cool tu, cubalah berbaik-baik ya. Jangan biarkan ianya berlarutan demi menjaga keharmonian rumahtangga anda juga. 

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya � anak Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang. Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama.

Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak. Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment