Pertamanya, kembali lah kepada asas�.iaitu AGAMA! Dalam islam telah diberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan. Islam menitikberatkan soal pemilihan pasangan seperti pesanan Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: �Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.�
Walaupun hadith ini menerangkan mengenai pemilihan seorang perempuan untuk dijadikan isteri, namun, ia juga boleh diaplikasikan dalam membuat pemilihan seorang suami. 4 Perkara iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama, perlu diambil kira sebelum membuat keputusan. Namun, dalam hal memilih suami, perkara mengenai kecantikan itu mungkin tidak perlu sangat. Ingat, apa yang paling diutamakan dan lebih selamat untuk dunia dan akhirat ialah pilihlah kerana AGAMA nya�!!
Namun, jika masih masih ragu-ragu dalam membuat pilihan, maka dirikanlah Solat Istikharah dan Solat Hajat. Amalkan dan jangan tinggalkan�minta petunjuk dari Allah. Pada saya, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri�. Perkara kedua ialah, Kalau ikut kata-kata orang tua, apabila ingin memilih pasangan, pilihlah yang mencintai atau menyayangi kita.
Rasanya anda sendiri boleh buat ujian pada pilihan hati. Lihat bagaimana tindak balas mereka serta bagaimana mereka mengatasi sesuatu masalah. (tak kisah la masalah perhubungan ke�masalah kewangan ke atau sebagainya�) Yang penting cuba beri ujian pada mereka untuk uji mereka.
Perkara ketiga ialah, pada saya anda sendiri telah dan lebih mengenali latar belakang keluarga kedua-dua calon itu. Jadi anda sendiri lah yang lebih tahu mana yang terbaik. Kalau anda tanya saya, saya hanya boleh mengagak dan membayangkan situasi anda berdasarkan info yang diberi. Cuma, kalau tanya saya juga, pada pendapat saya, kedua-dua calon telah dididik berdasarkan latar belakang keluarga mereka masing-masing. Sebenarnya banyak perangai atau sikap kita sekarang adalah dibentuk oleh suasani pembesaran kita semenjak dari kecil. Jadi, pada saya latar belakang keluarga adalah sangat penting.
Pada pendapat saya, jika anda inginkan zuriat yang baik, pilih la dari keturunan yang baik-baik, yang boleh memimpin dari segi agama dan sebagainya. Yang boleh memberi nafkah zahir dan batin. Memang tiada masalah jika mahu memilih yang baik budi dan akhlak walaupun kurang agama. Bahagia mungkin boleh dinikmati juga. Tetapi pastikan bahawa ketua keluarga itu sudi merendahkan egonya untuk mendengar teguran atau nasihat isteri tu nanti. (Mengikut pengalaman saya, kebanyakan lelaki atau suami ni memang susah nak dengar cakap orang perempuan atau isteri sebab ego suami sangat tinggi tau�huhuhu).
Pada saya, tiada istilah isteri yang perlu memberikan didikan atau ilmu agama kepada ketua keluarga, tetapi ia lebih kepada kesudian mencari ilmu agama bersama-sama. Itu lebih indah. Pergi ke kelas agama atau ceramah agama bersama-sama bagi mendalami ilmu agama. Bukan ia ditanggung oleh sebelah pihak saja. Apapun, kalau ikut tanggungjawab, SUAMI ITU WAJIB DIDIK ISTERI. Suami wajib ajar ilmu agama pada isteri. Bukan sebaliknya.
Maaflah, saya hanya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran. Saya tak mahu menyebelahi sesiapa sebenarnya, tetapi lebih kepada mahu mengajak anda berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan masa hadapan anda. Fikirlah masak-masak dan mohonlah petunjuk daripada Allah dengan Solat Istikharah dan Solat Hajat. Semoga anda dapat memilih calon terbaik untuk dijadikan suami anda, dunia akhirat, insyaAllah.
0 comments :
Post a Comment