BannerFans.com


Apa yang dimaksudkan dengan NCLI ialah NO.LINK CHECK INBOX. Teknik ini memerlukan seseorang usahawan di Facebook untuk membuat promosi/iklan tanpa meletakkan link terus kepada produk atau detail produk yang lengkap di Facebook.

Melalui Teknik NCLI ini, akan mewujudkan wujudnya Viralisme, dimana lebih ramai orang yang dapat melihat iklan kita itu. Atau kita panggil sebagai reach. Tekniknya dengan memastikan prospek yang berminat untuk mendapatkan produk atau servis kita perlu komen dibahagian komen iklan kita.

Semakin ramai orang yang komen semakin viral iklan tersebut. Selain mendapatkan komen, cukup sekadar mendapat like/share juga akan mewujudkan viral untuk iklan tersebut. 

FORMULA TEKNIK NCLI 

+ Semakin Tinggi Engagement Semakin Tinggi Reach  
+ Semakin banyak komen Semakin viral 

Dengan matlamat akhirnya ialah Meningkatkan Jualan!


Gambar di atas adalah contoh penggunaan teknik NLCI (No Link, Check Inbox).

Saya telah membuat satu status update untuk memasarkan salah satu produk saya. Hasilnya ramai orang bertanya dan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tersebut. Ini memberikan peluang kepada saya untuk lebih banyak berbual dengan mereka (sambil menerangkan kelebihan produk).

Ia juga memberi peluang kepada pengguna produk sedia untuk memberi testimonial terhadap produk tersebut, agar proses jualan dan promosi menjadi lebih berkesan. Untuk memahami bagaimana Facebook boleh menjadi umpama virus yang merebak
dengan cepat, anda perlu memahami struktur penyaluran maklumat di dalam Facebook. Rajah di bawah mungkin dapat membantu supaya anda faham dengan lebih mudah.


� Katakan anda mempunyai 50 orang kawan Facebook (termasuk Musa)
� Musa mempunyai 100 orang kawan Facebook (termasuk Syikin)
� Syikin mempunyai 200 orang kawan Facebook yang lain
� Musa adalah kawan rapat anda, dan Syikin adalah kawan rapat Musa

Apa yang anda post di dalam Facebook, HANYA akan dapat dilihat oleh kawan-kawan anda (50 orang). JIKA, dan HANYA JIKA, Musa memberi �komen� pada �post� anda, kawan-kawan Musa (100 orang) juga akan dapat melihat post anda. Seterusnya, JIKA dan HANYA JIKA Syikin member komen terhadap komen yang diberikan oleh Musa, kawan-kawan Syikin (200 orang) juga akan dapat melihat posting anda.

Jadi rahsia di sebalik penyebaran maklumat seperti virus ini, adalah�.paksa orang berikan komen! Maksud saya �paksa� di sini bukanlah dengan cara meminta-minta orang memberikan komen, atau mengugut orang memberikan komen. 

Ia boleh dilakukan dengan cara halus, di mana pembaca sendiri akan mahu memberikan komen dengan sukarela. Inilah teknik NLCI (No link, check inbox). Saya akan terangkan apa maksudnya sekejap lagi.

Caranya begini. No Link, maksudnya jangan bagi link pada website perniagaan anda. Jangan berikan nombor telefon anda. Jangan beri terlalu banyak maklumat. Jika maklumat terlalu banyak, ia akan mati di situ.Kalau maklumat tidak lengkap, pembaca akan tertanya-tanya, dan mula memberikan komen.

Di dalam teknik NLCI yang saya gunakan dalam gambarajah di atas, ini adalah post status update saya lebih kurang:

�Software ini dulu menjimatkan saya RM1700 tiket melancong ke luar negara.
Siapa nak, sila bagi komen �Saya Nak!� di bawah�

Mari kita kaji pecahan dari status update ini: 

 �Software ini�.

Software apa? Apa nama software tersebut? Free ke kena bayar?

Inilah soalan-soalan yang akan tertanya-tanya di kepala si pembaca. Ok, kita teruskan dengan pecahan seterusnya:

�menjimatkan saya RM1700�

Wah, ini manfaat buat saya. Boleh jimat duit. Inilah yang akan difikirkan pembaca. Dalam apa-apa posting anda, pastikan ada manfaat pada pembaca. Jika ada manfaat, ia akan menarik minat.

�Siapa nak, sila bagi komen �Saya nak!� di bawah�

Di sini, saya beri arahan supaya melakukan sesuatu. Dalam kes ini, saya suruh berikan komen. Ia memudahkan otak kita untuk proses. Tanpa perlu berfikir, pembaca akan memberikan komen.

Sekarang, ramai orang akan memberikan komen �Saya Nak�. Jadi, apa yang saya akan lakukan;

1. saya akan menghantar mesej peribadi pada si pemberi komen. Dalam mesej peribadi ni saya bagitau maklumat lanjut lah tentang software tersebut. (cuba jual)

2. Saya akan membalas komen di dalam status update tersebut, dan bagitau bahawa saya sudah memberikan maklumat di dalam Inbox. Sila check inbox.

Contohnya, saya akan berikan komen �Encik XXX, saya dah PM maklumat lanjut. Check inbox ok?�.

Ok, pada peringkat ini, kesemua kawan-kawan si pemberi komen sudah akan nampak komen dari saya. Jadi jika si fulan ni ada 1300 orang kawan Facebook, mereka semua akan nampak komen yang kawan mereka ni tinggalkan kepada saya. Jadi saya dapat
pemasaran percuma pada 1300 orang baru! Komen-komen ini akan dating secara berterusan daripada orang-orang lain yang juga
nampak post ni.


BACA NI�PENTING!

Bila dah ada beberapa orang bagi komen, anda kena berpakat-pakat dengan kawan yang anda kenal secara peribadi..atau pelanggan anda yang memang berpuas hati dengan anda�.untuk memberikan testimonial. Dalam kes ni, contohnya ada si Fulan berikan komen:

�software ni pun banyak jimatkan duit saya waktu pegi honeymoon dulu . memang berguna�

Jadi�semua orang yang berminat dan telahpun memberikan komen, akan nampak satu testimonial di situ. Testimonial ini akan menambahkan lagi kebarangkalian anda dapat menjual produk atau perkhidmatan yang anda jual. Mengapa perlu dapatkan komen dan testimonial yang berkualiti?

Jawapannya mudah.

90% dari penonton TV menukar �channel� bila ada iklan. Setiap orang terdedah kepada 3000 iklan setiap hari! Hanya 14% daripada kita yang mempercayai iklan. dan�.78% daripada kita lebih percaya apa yang orang lain �rekomen�

Begitulah PENTINGNYA mendapatkan komen , �recommendation� dan testimonial dari orang lain di dalam Facebook setiap kali kita membuat satu �post�.


Cara membuat posting (status update) yang berkesan di dalam teknik NLCI

Cuba anda bayangkan, jika post saya tadi berbunyi begini.

�Saya ada software ABC yang berharga RM170 yang dapat menjimatkan RM1700 tiket kapal terbang. Hubungi 012334343 untuk maklumat lanjut, atau masuk website saya di www.abc.com�

Ini adalah contoh di mana post ini mempunyai TERLALU BANYAK MAKLUMAT!

Ya, mungkin akan ada beberapa orang yang berminat..tapi ia akan mati di situ. Promosi ini tidak akan merebak dari mulut ke mulut. Ingat! Kurangkan maklumat, create curiosity, biarkan pembaca anda tertanya-tanya.Paksa mereka memberikan komen. Selitkan beberapa testimonial. Itulah kunci kejayaan Teknik NLCI.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment