BannerFans.com

PETUA MENGEKALKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? 
Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?




? Sentiasa berdoa agar disayangi.

? Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

? Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

?Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

? Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

? Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

? Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

? Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

? Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

? Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

? Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

? Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

? Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

? Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

?Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

? Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

? Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

? Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

? Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

?Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

? Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

? Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

? Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

? Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

? Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

? Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

? Sentiasa lakukan ibadah bersama.

? Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

? Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

? Urut belakang isteri sekali sekala.

? Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

? Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

? Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

? Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

? Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

? Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

? Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

? Lebihkan isteri daripada anak-anak.

? Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

? Seeloknya masuk tidur serentak.

? Belai isteri sebelum pergi kerja.

? Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

? Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

? Lakukan riadah bersama isteri.

? Pergi berkelah sekali sekala.

? Tolong cuci, jemur atau gosok pakaian sekali sekala.

? Jangan terlalu memberi perhatian kepada perempuan lain di depan isteri.

? Jangan curang kerana sekali anda tertangkap, sukar untuk pasangan anda memaafkan dan melupakannya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment