BannerFans.com

Awas Wanita : Hati-Hati Dengan Mangga Ranum



KUALA LUMPUR : Seorang Kasanova Tua berumur dalam lingkungan 53 tahun menggunakan umpan buah mangga yang masak ranum untuk ‘memancing’ perempuan. Buah Mangga tersebut dipercayai sudah dijampi, selepas memakan buah mangga tersebut mangsa akan jadi tunduk dan mendengar kata-kata lelaki tersebut.

Kasanova itu bukan sahaja mampu menundukkan golongan janda, ibu tunggal ataupun perempuan yang berpangkat nenek, malahan lelaki itu turut menundukkan wanita yang berusia 20-an. Kasanova tua tersebut berkata bahawa beliau kononnya merupakan penceramah bebas.

Kebanyakan mangsa berhabisan ratusan ribu ringgit untuk lelaki terbabit. Mereka juga mendakwa, jika tidak diturut permintaan lelaki terbabit, dia mengugut untuk menyebarkan rakaman video seks mereka. Mangsa sendiri yang kebanyakannya sudah mempunyai anak dan cucu yang gentar dengan ugutan terbabit, terus memberikan wang tersebut walaupun tidak pasti kewujudan video seks mereka.

Peleraiannya, beberapa indidvidu berani tampil membuat laporan polis berkenaan lelaki tersebut. Mereka juga berharap agar tiada lagi wanita yang menjadi mangsa kasanova ‘otai’ itu.

Jadi, berhati-hatilah jika anda diberi mangga ranum  dari seorang lelaki tua.- Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment