BannerFans.com

Gambar Mantan Peguam Negara Di Lahad Datu Pula Difitnah


FOTO: MYNEWSHUB

AHLI Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin baru-baru ini dihalaman Facebooknya telah menyebarkan gambar palsu yang kononnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dikawal ketat oleh anggota polis bersenjata secara negatif.

Gambar yang disertakan kapsyen menghasut “This is how ex-AG is treated. Speechless” (Beginilah bekas peguam Abdul Gani dilayan), itu dilihat sebagai cubaan untuk memanipulasikan minda rakyat terhadap cara layanan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


Gambar berkenaan sebenarnya adalah lawatan Tan Sri Abdul Gani ke Lahad Datu ketika krisis pencerobohan penganas di sana seperti mana yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 20 Mac 2013

Walaubagaimanapun, Sim Tze Tzin semalam telah segera memadamkan gambar tersebut setelah pendedahan sebenar maklumat gambar palsu tersebut disebar.

Mudah benar pemimpin pembangkang ini menyebarkan fitnah dan memadamkan fitnah mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Antara pemimpin pembangkang lain yang membuat fitnah gambar ini adalah penyelaras Jingga 13, Faris Musa dan tdak ketinggalan blogger ProTun, OutSyed The Box


Pihak Polis diminta melakukan siasatan dan megambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Bayan Baru berkenaan kerana menyebarkan fitnah.

Kredit: MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment