BannerFans.com

Jangan sesekali bocor rahsia kerajaan


KOTA BHARU - Kakitangan awam di negeri ini diingatkan untuk menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mengeluarkan amaran tersebut, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Datuk Makhtar Mustapa berkata, menjadi tanggungjawab sebagai pegawai perkhidmatan awam untuk melindungi rahsia negara sebagaimana lafaz akur janji setiap tahun.

“Saya ingin beri peringatan kepada semua penjawat awam di Kelantan untuk menjaga rahsia negara. Rahsia jabatan kita,  juga jadi rahsia kerajaan. Sekiranya membocorkannya, kita boleh dikenakan tindakan berdasarkan kesalahan kita buat,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri Wisma Persekutuan yang dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan turut disertai Pengerusi Penyelaras Kelab Wisma, Datuk Dr  Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam di seluruh negara mentaati ikrar perkhidmatan awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 58 tahun ini, beliau juga menyeru semua jabatan kerajaan dan premis di negeri ini termasuk individu perseorangan bersama-sama menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment