BannerFans.com

Kanak-kanak Perempuan 12 Tahun Kalahkan Einstein, Stephen Hawking


Seorang kanak-kanak perempuan warga British memperoleh markah ujian IQ yang lebih tinggi dari Stephen Hawking dan Albert Einstein, meletakkannya dalam senarai satu peratus golongan pandai di dunia.

Nicole Barr, 12, dari Essex, England, mendapat markah 162 di dalam ujian terbabit, dua mata lebih tinggi dari Hawking dan Einstein.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Dolly Buckland, 34, berkata Barr sebagai seorang yang tekun dan bercita-cita menjadi doktor.

"Sejak kecil lagi dia sudah dapat mencari kesalahan-kesalahan dalam buku dan majalah. Dia seorang gadis yang periang, penghibur dan penyayang serta selalu meminta kerja sekolah lebih".

"Dia bertekad untuk menghabiskan persekolahan, pergi ke kolej dan universiti untuk menjadi pakar kanak-kanak.", katanya memetik laporan Rt.com

Pencapaian purata ujian IQ bagi orang dewasa adalah 100 dan individu yang mencapai 140 mata dianggap berada di level genius. Hawking dan Einstein mendapat 160 mata.

Nicole, yang kini berada di tahun ke tujuh di Akademi Burnt Mill di Harlow berkata : "Bila saya dapat tahu saya dapat markah tinggi seperti itu, saya terkejut". 

Kredit- Siakapekeli.my
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment