BannerFans.com

Penyanyi Hazami Ditahan Di Hospital Kerana Pendarahan Usus


Penyanyi yang popular dengan lagu Sonata Musim Salju, Hazami disahkan mengalami komplikasi pada bahagian usus serius dan kini ditempatkan di Pusat Perubatan Tropicana Damansara.

Abangnya, Azhary Ahmad berkata adiknya itu dikejarkan ke hospital pada malam Khamis lalu selepas mengadu sakit perut.

"Semasa tiba di klinik, dia tiba-tiba pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital,” katanya ketika memetik mStar.

Sebagaimana disahkan oleh doktor, sakit yang dialami Hazami itu boleh menjadi kanser sekiranya tidak diubati dengan segera.

Penyanyi itu juga kini berada dalam pantauan unit khas perubatan itu dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

"Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami," ujarnya. - Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment