BannerFans.com

Status Hubungan Antara Nora Danish dan Nedim Akhirnya Terjawab


PETALING JAYA: Status hubungan antara Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya terjawab apabila Nora Danish membuka mulut mengatakan hubungan mereka kini sudah berakhir.

Menurut Nora Danish, dia dan Nedim membuat keputusan tersebut atas persetujuan bersama.

"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," katanya memetik laporan mStar Online.

Status hubungan mereka berdua mula menjadi tanda tanya peminat apabila Nora Danish dan Nedim langsung tidak memuat naik gambar masing-masing sejak beberapa minggu lalu.

Nora bagaimanapun tidak menjelaskan punca perpisahan antara mereka berdua.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya. 

Sumber

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment