BannerFans.com

Biar Betul! 3 Gadis Myvi Mengamuk Didenda RM50 Sahaja!




Masih ingat lagi kes yang pernah menjadi viral pada bulan Mac lalu? Kes tiga 'gadis Myvi' mengamuk! Untuk pengetahuan semua, kes itu kini sudah pun selesai .

Kes ini telah dibawa ke mahkamah pada pagi tadi oleh pemandu teksi yang terbabit, Azmi Mat Mokhtar, 54, dan bapa kepada tiga gadis berkenaan, Syed Fareid Yahya, 51. Kes itu  telah dibawa ke Mahkamah Majisteret Shah Alam di hadapan majistret Ellayanan Razali.

Mahkamah telah memerintahkan Azmi agar membayar RM1000 kepada semua mangsa. Azmi menghadapi empat pertuduhan merosakkan Perodua Myvi Sharifah Fara Difla, 28, dan tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga gadis terbabit.

Manakala, bagi kes yang melibatkan  bapa gadis berkenanaan yang bertindak menumbuk Azmi, dia diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar RM50 kepada pemandu teksi terbabit.

Keputusan itu diambil setelah kedua-dua pihak terbabit, bersetuju atas terma sulit yang dipersetujui bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment