BannerFans.com

Sindiran Pedas TMJ - ' Tewas Cara Terhormat Bukan Menang Dengan Menipu'


Siapa tidak kenal, Tunku Mahkota Johor (TMJ). TMJ sejak memimpin dan menaikkan nama pasukan bola sepak Johor, sering kali lantang bersuara apabila ada isu yang baginda rasa perlu ditegur. Kali terakhir TMJ membuat kenyataan  ialah semasa berlakunya perang mulut dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini.Pada kali ini pula, TMJ tampil menyuarakan kebimbangannya dalam isu rasuah yang dinyatakan melalui posting di Facebook Johor Southern Tigers.Persoalannya, siapakah yang dimaksudkan oleh baginda?

TMJ yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor turut menyatakan keperluan membentuk satu badan bebas untuk pengadil supaya tidak terikat dengan hal-hal melibatkan kepentingan individu.

Rujuk Screenshot dibawah:



Namun begitu, tidak dapat dipastikan pula, siapakah individu atau pihak yang dimaksudkan oleh TMJ. Berdasarkan komen-komen daripada pembaca, mereka membuat andaian bahawa yang dimaksudkan oleh TMJ ialah melibatkan kepentingan negara iaitu isu penyelewengan duit rakyat. Ada juga mengaitkan dengan kemenangan 1-3 Pahang keatas Selangor.








Sebagai pemerhati dan tidak menyebelahi mana-mana pihak wak, melihat teguran TMJ perlu dilihat dari sudut positif untuk membaiki mutu pengurusan dan pengadilan bola sepak Malaysia. Sementara telahan oleh pembaca yang mengaitkan Pahang & Presiden FAM, dan juga kepada Perdana Menteri Dato Sri Najib sebagai pihak yang dimaksudkan oleh TMJ, Wak tidak bersetuju sama sekali. Ini kerana, jelas dalam kenyataan TMJ baginda tidak menyebut mana-mana pihak atau individu tertentu.

Sebagai seorang muslim, lebih baik kiranya, mana-mana pihak tidak membuat sebarang tuduhan atau mensabitkan mana-mana individu kerana dikhuatiri boleh membawa kepada fitnah dan ketidkpuasan hati pihak lain.

Sekian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment