BannerFans.com

Pincangnya Sistem Pendidikan Malaysia Dari Pandangan Seorang Guru Ganti

Isu berkaitan bidang pendidikan merupakan isu yang besar sebenarnya. Bagi mereka yang terlibat secara langsung sebagai guru pasti sangat memahmi realiti sebenar pendidikan di Malaysia. Namun begitu, sebagai seorang guru, mereka tidak mempunyai autoriti untuk menyelesaikan masalah ini. Hali ini kerana, mereka hanya pelaksana dasar manakala pembuat dasar pula merupakan pihak atasan yang tidak pernah mejadi guru pun.

Hal ini sebenarnya, menimbulkan kekecewaan dikalangan guru dan warga pendidikan amnya. Lebih malang lagi, dasar-dasar berkaitan pendidikan menjadikan guru sebagai mangsa yang dikesampingkan apabila gru sering dipersalahkan apabila  sesuatu dasar itu tidak berjaya.

Wak tidak berniat untuk membicarakan isu ini dengan lebih jauh. Dalam Artikel kali ini, wak bawakan pandangan seorang yang baru menyaksikan sendiri kepincangan sistem pendidikan di Malaysia, apabila sempat berkhidmat sebagai gru ganti disebuah sekolah.

Berikut luahan Saudara Amirul Hamudin:

Link Asal: https://www.facebook.com/amirul.hamudin/posts/1029911177022192
===

Saya telah pun menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti beberapa hari lepas. Ini beberapa catatan saya sekitar pendidikan kita sebagai seorang yang tidak mempunyai latar bidang pendidikan.

1. Sekolah menjadi 'principal centered achievement', bukan 'student centered learning'. Guru-guru dipaksa menyiapkan laporan, kertas kerja, bahan-bahan program, mencipta modul-modul aneh untuk menjadikan sekolah mereka salah satu sekolah hebat atas paksaan pengetua.

Guru-guru yang gagal mencapainya atau mencadang sebaliknya dianggap sebagai guru yang gagal dan bermasalah.
2. Sekolah seperti hilang punca dan tujuan. Pelajar menjadi aksi (means) dan bukan lagi tujuan akhir (ends) pendidikan. Pelajar dipergunakan oleh pentadbir sekolah (maksudnya, bukan guru-guru secara umum, tetapi beberapa orang yang menjadi penentu dasar dan hala tuju sekolah) untuk mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan.
Tujuan akhir berubah kepada lonjakan saujana, sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster, sekolah hijau, pencapaian peringkat daerah, negeri, dsbnya. Pelajar dan juga pendidik dikerah untuk sesuatu yang bukan mereka mahu.

3. Sekolah mahukan murid datang ke sekolah dan cintakan sekolah. Lalu diwujudkan anugerah anugerah untuk pelajar yang kehadiran penuh misalnya. Logiknya, pelajar yang datang setiap hari bermakna dia cintakan sekolah. Pelajar ini akan dapat naik ke pentas dan ditayang, diambil gambarnya bagai sebuah boneka untuk ikutan pelajar lain.
Sedang isu kenapa pelajar tidak mahu datang ke sekolah tidak pula diutara dan diselesaikan. Pihak sekolah tidak cuba memberi apa yang pelajar minat dan mahu. Yang pelajar tahu, mereka akan didenda atau dirotan jika hadir kerana mereka ialah pelajar bermasalah dan lembab.

4. Di sinilah munculnya pelbagai langkah, program dan modul yang merepek untuk menyelesaikan masalah. Bagusnya bidang perubatan kerana ada kajian dan penyelidikan di makmal sebelum dicuba berdasarkan keadaan sebenar yang dipanggil sebagai Evidence Based Medicine (EBM). EBM pula akan diberi penilaian (review) sebelum diaplikasi dalam situasi tempatan untuk dilihat kesesuaiannya.

Sebaliknya dalam pendidikan, apa yang berlaku ialah 'try and error' dan pelajar menjadi ujikaji tikus putih para pentadbir sekolah. Mereka tidak tahu apa aktiviti yang terbaik kerana ianya tidak objektif. Guru dan kaunselor perlu memikirkan apakah program yang perlu dilakukan. Hasilnya, program seperti 'Sentuhan Jiwa' (yang sebenarnya hanyalah cubitan manja daripada rakan kepada rakan lain) sambil berharap kesan dan hasil yang hebat daripada program tersebut.

5. Ini paling menarik sekali. Walau saya mengajar kelas belakang dalam sebuah sekolah yang dianggap sebagai bermasalah. Saya tidak perlu risau, kerana di akhir hari saya akan menulis objektif tercapai atau 'objective achieved'. Walau ada antara murid saya itu, saya rasa mempunyai learning disorder/disability. Walau apa yang dilakukan dalam kelas hanyalah sekadar bual kosong.


===

Jika ini, luahan seorang anggota masyarakat yang baru bergelar sebagai seorang guru ganti, cuba bayangkan bagaimana seorang warga pendidik yang mengharungi realiti ini setiap hari. Bukan tiada yang membantah, bukan tiada cadangan untuk membetulkan semua ini, namun semuanya dipandang sepi oleh bihak atasan.

Wak tertarik dengan salah satu komen dari pembaca di post terbabit, dimana menurut beliau, sistem pendidkan kita dibuat secara try & error, jika tidak berjaya, polisi baru akan dibuat. Ini menyebabkan pelajar dijadikan sebagai tikus makmal untuk menguji idea merapu mereka.

Bagitu juga dengan kajian-kajian yang dibuat melalui grant yang disediakan oleh kemeterian untuk menambahbaik sistem pendidikan Malaysia yang dianggap merugikan dan sia-sia kerana mereka yang terlibat sendri tidak pernah merasai apa sebenarya yang berlaku disekolah. 




Sekian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment