BannerFans.com

Norman-Memey sepakat buka Butik Meylana



BAGI peminat industri hiburan yang mengikuti perkembangan pasangan sama cantik sama padan bernama Norman Hakim dan Memey Suhaiza ini sememangnya mempunyai kisah dan keperibadian tersendiri.

Siapa tidak kenal Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Nama Norman Hakim itu sendiri telah pun dikenali sebagai seorang selebriti lelaki yang mempunyai kelas tersendiri.

Pertemuannya dengan isteri, Memey Suhaiza bukanlah tidak pernah dilanda kontroversi, namun, ibarat pepatah buang yang keruh ambil yang jernih sebagai sandaran kehidupan; mereka telah menjadi pasangan yang wajar diteladani kerana berjaya bangkit dan menyusun karier dan kehidupan yang baik di mata umum.

“Alhamdulillah. Saya sibuk dengan program-program motivasi dan isteri sibuk dengan bisnes sendiri. Hujung bulan ini kami akan melancarkan butik pakaian kami sendiri dengan jenama Meylana.

“Dalam seni, di samping masih kekal sebagai duta produk Ephyra, kami juga dilantik sebagai pasangan selebriti pertama yang akan menjayakan program trip bersama artis anjuran syarikat Kembara Sufi Travel And Tours Sdn Bhd,” kata Norman kepada Zass, baru-baru ini.

Menurut Memey, Meylana merupakan jenama pakaian ciptaannya yang telah pun setahun berada di pasaran dalam talian, dan berkat kejayaan serta sambutan memberangsangkan daripada perniagaan itu, mereka akhirnya sepakat membuka butik.

“Tahun lepas melebihi RM300,000. Dari situlah kami kumpul modal untuk buka butik di Dataran Wangsa Melawati. Lagipun bila dah ada satu lokasi tetap ia memudahkan urusan dengan pelanggan,” sambung Memey.


Berhenti berlakon?


Ingin melangkah jauh dalam bidang perniagaan yang dilihat mula sebati dengan dirinya, Memey mengakui sedang berhenti seketika dalam bidang lakonan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan.

Begitu pun ia bukan bermakna dia akan terus meninggalkan dunia lakonan, sebaliknya cuba mencari dan menyusun masa yang sesuai antara lakonan, perniagaan dan tugasnya sebagai isteri serta ibu.

“Anak saya yang bongsu masih menyusu badan. Bisnes pun semakin berkembang jadi saya ambil keputusan berhenti sekejap berlakon. Tapi untuk mana-mana tawaran yang penggambarannya pendek atau satu hari sahaja, saya masih terima,” jelasnya.

Tidak mendapatkan sebarang khidmat nasihat daripada mana-mana pereka fesyen, Memey mengakui rekaan Meylana adalah ideanya sendiri sepenuhnya.

“Saya pergi sendiri dan bincang dengan tukang jahit macam mana idea saya dan tukang jahit terus buat. Tak sangka pelanggan suka dan beli. Selalunya idea datang spontan. Macam hari itu, dua hari nak raya baru reka dan buat baju yang kami pakai ini,” sambungnya.

Sebanyak 11,000 baju telah pun siap sempena pelancaran Butik Meylana hujung bulan ini. Jumlah itu dibuat berdasarkan permintaan tinggi jenama Meylana sejak ia diperkenalkan menerusi Instagram @Meylana, tahun lalu.

“Sepasang baju sebenarnya boleh siap dalam tempoh satu jam. Lagi pun urusan kami lebih mudah kerana kami ada tukang jahit sendiri. Apabila kami pakai dan ramai orang tanya membuatkan kami terfikir yang ini merupakan satu peluang dan kami boleh melangkah lebih jauh,” kata Norman pula.


Melancong sambil beramal
Bercakap mengenai pelantikan mereka sebagai pasangan selebriti pertama yang akan menjayakan program melancong bersama selebriti anjuran Kembara Sufi Travel And Tours, Norman berkata, mereka bersyukur dengan rezeki dikurniakan.

“Pakej tersebut membolehkan pelanggan dan orang ramai melancong sambil beramal di mana sebanyak RM50 dari pembelian pakej akan disalurkan kepada asnaf.

“Ini satu program yang baik dan kami berdua gembira untuk terlibat dan bekerjasama. Mereka mencari satu medium untuk ucapkan terima kasih kepada pelanggan.

Nak menerapkan unsur kekeluargaan dalam perniagaan dan kami berdua terpilih menjadi perantara dalam trip amal ini,” kata Norman. - Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment